baru selesai tengok "kal ho na ho"
dan tetiba terdetik di hati
nak mengupdate blog
meluahkan rasa
yang terbuku di hati
"kal ho na ho"
maksudnya
esok mungkin tiada lagi
ungkapan esok mungkin tiada lagi
menyedarkan diri
betapa singkatnya hidup yang dilalui
betapa pentingnya tiap detik yang berlalu
betapa berharganya setiap waktu yang dijalani
dan
betapa istimewanya setiap perkara
yang pernah terjadi
serta
yang akan terjadi :)
esok mungkin tiada lagi
bukan satu ungkapan yang mudah
tapi itu realitinya
esok itu mungkin tidak akan menjelma
esok itu mungkin tidak muncul
atau
esok itu mungkin tidak wujud
satu demi satu andaian tercipta
tapi
kenyataannya hanya satu
esok itu mungkin tiada lagi
tiada siapa yang tahu
tapi
tiada siapa juga yang dapat menyangkal
andai hari ini merupakan hari terakhir
dan
esok tidak akan muncul
andai esok tiada lagi
jalani hari ini dengan senyuman
andai esok tiada lagi
hargai tiap detik yang berlaku
andai esok tiada lagi
bahagiakan mereka yang berada di sisi
andai esok tiada lagi
lalui hari ini tanpa penyesalan
andai esok tiada lagi :')
sekiranya hari ini hari yang terakhir
jangan pernah menyesal
sekurang-kurangnya
kita diberi peluang
untuk merasakan nikmat hidup
setidak-tidaknya
kita diberi kesempatan
merasakan kebahagiaan dan kesedihan
melalui peristiwa dan kenangan
mengalami cinta dan perpisahan
syukur, Ya Allah :)
syukur di atas peluang yang Kau berikan
memberi kami peluang untuk hidup
biarpun sebentar
biarpun singkat
walaupun mungkin ini hari yang terakhir
dan esok mungkin tiada lagi
kami tetap menghargainya
ALHAMDULILLAH :)
No comments:
Post a Comment
talking back!