Bismillahirahmanirahim
Ya Allah
kau dengarkanlah hati hambaMu ini
hanya insan yang kerdil
di bumiMu yang luas
memohon dan hanya mengharap padaMu
Ya Allah
pintaku hanya satu
seandainya dia memang bukan jodohku
kau hilangkanlah perasaan ini
bukan bermaksud melupakan
bukan bermaksud menidakkan
tapi
aku tidak mampu, Ya Allah
tidak mampu menanggung
semua ini
Ya Allah
berikan aku kekuatan menghadapi
perpisahan yang telah ditakdirkan Mu
berikan aku kesabaran
dalam menghadapi dirinya dlm tiap hariku
beri aku ketabahan utk mengatasi
getaran yang masih terbit di hati
untuk dirinya
Ya Allah,
aku memohon padaMu
meskipun diri ini tidak lagi
bersama dengan dirinya
doaku untuknya
kurniakanlah dia kesihatan yang baik
kerana aku tidak tegar melihat
dia dalam kesakitan
berikan dia kesabaran
kerna aku tidak mampu menyembuhkan
rajuk di hatinya lagi
buatkan dia tersenyum
kerna senyuman nya, senyuman ku jua
hilangkanlah gundah di hatinya
peliharalah dia sentiasa
agar dia sentiasa berada di jalan Mu
seandainya dia memang bukan jodohku
kau kurniakan lah yang terbaik untuk dirinya
lebih baik dari diriku
kerna dia seorang lelaki yang baik:')
Alhamdulillah, Ya Allah
biarpun singkat
terima kasih kerana menghadirkan
dirinya untukku
terima kasih kerana memberi aku
peluang untuk merasa perasaan itu
terima kasih kerna meminjamkan
dirinya untuk menjadi pembimbingku
biarpun hanya sebentar :')
Alhamdulillah, Ya Allah
kau berikanku peluang
menghadirkan perasaan yang indah
menelusup ke hati melalui dirinya
Alhamdulillah, Ya Allah
kau tunjukkan kasih sayang Mu
melalui dirinya
Alhamdulillah, Ya Allah
kau cipta senyuman dan kebahagiaan
dalam diri hambaMu ini
melalui dirinya
Alhamdulillah :)
aku mohon kepada Mu Ya Allah
berikan hanya yang terbaik untuk dirinya
lindungilah dia sentiasa
bimbinglah dia
jadikan dia insan yang baik
itu doaku, Ya Allah
kau makbulkanlah doa hambaMu ini, Ya Allah
doa untuk dirinya
yang tidak lagi di sisi
meski tidak di sisi
namun hati sentiasa mengingat
kerna aku sayang dia :')
AMIN